This free survey is powered by QUESTIONPRO.COM
0%
Exit Survey »
 
 
Kepada para responden yang budiman.

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ), Universiti Teknologi MARA (UiTM) bercadang menawarkan satu program di peringkat Diploma iaitu PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN ZAKAT (DIPLOMA IN ZAKAT MANAGEMENT - DZM). Program Diploma Pengurusan Zakat ini merupakan sebahagian daripada program Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM. Kajian Pasaran ini diadakan bagi mendapatkan pandangan Tuan/Puan mengenai program ini. Sehubungan itu, Tuan/Puan telah terpilih sebagai responden dalam kajian ini.

Pihak kami mohon jasa baik Tuan/Puan untuk memberikan kerjasama dalam mengisikan borang soal selidik ini. Bersama ini disertakan Lampiran mengenai Program Diploma Pengurusan Zakat serta struktur kurikulum program yang dicadangkan. Mohon teliti Lampiran berkenaan dan sila jawab semua soalan berikut seikhlasnya. Untuk makluman Tuan/Puan segala jawapan yang diberikan akan digunakan semata-mata untuk penyelidikan. Semua jawapan diletakkan sebagai sulit dan rahsia dan jawapan Tuan/Puan merupakan suatu sumbangan kepada masyarakat Islam khususnya dalam usaha untuk memperbaiki Program Diploma Pengurusan Zakat.

Kerjasama serta perhatian Tuan/Puan dalam mengisi soal selidik ini adalah sangat dihargai. Hanya Allah SWT sajalah yang dapat membalasnya. Semoga Allah SWT merahmati Tuan/Puan semua.

Sekian, terima kasih.

Kumpulan Penyelidik
Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ)
 
 
 
LAMPIRAN

DIPLOMA IN ZAKAT MANAGEMENT

JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM

Terdapat beberapa justifikasi untuk mengadakan program ini. Antaranya ialah terdapat keperluan tenaga kerja dalam institusi-institusi awam dan swasta terutamanya Institusi Zakat yang memerlukan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang pengurusan. Penawaran kursus ini amat bertepatan dengan peranan yang dimainkan oleh universiti bagi melahirkan graduan Melayu/Bumiputera Muslim profesional yang mampu berfikir secara proaktif dan dinamik serta berakhlak mulia lagi berketrampilan dan berfikiran Islam secara global bagi mendepani cabaran ummah mendatang.

Gabungan tenaga pengajar dari kampus termasuk IKaZ sebagai sebuah pusat kecemerlangan yang berteraskan penyelidikan dan pembangunan mampu melahirkan graduan yang terlatih dalam bidang pengurusan eksekutif dan operasional institusi-institusi Islam untuk memenuhi pasaran tenaga kerja negara dan global. Penubuhan dan penawaran program Diploma Pengurusan Zakat yang dicadangkan ini adalah merupakan program pertama yang ditawarkan di IPTA/IPTS Malaysia. Program ini akan menyumbang ke arah merealisasikan cita-cita kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai “Islamic Financial Institutional Hub”.

STRUKTUR KURIKULUM PROGRAM

Program ini akan dilaksanakan selama 6 semester (3 tahun). Peserta program akan mengikuti kursus-kursus mengikut keperluan Universiti (10 kursus/subjek)dan keperluan Fakulti (15 kursus/subjek) serta kursus teras (9 kursus/subjek) seperti berikut:

Kursus/Subjek Keperluan Universiti
Ko Kurikulum 1
Prinsip Asas Islam
Consolidating Language Skills
Ko Kurikulum 2
Pemikiran dan Tamadun Islam
Preparatory Course to MUET
Ko Kurikulum 3
Asas Ekonomi Islam
English for Academic Purpose
Fundamentals of Entrepreneurship

Kursus/Subjek Keperluan Fakulti
Introduction to Financial Accounting & Reporting
Business Mathematics
Fundamentals of Management
Introduction to Cost Accounting
Microeconomics
Fundamentals of Marketing
Third Language I
Introduction to Statistic
Macroeconomics
Third Language II (Arabic)
Business Law
Business Communication
Operations Management
Malaysian Economics
Information Technology in Business

Kursus/Subjek Teras Zakat
Introduction to Zakat 1
Introduction to Zakat 2
Principle of Zakat Accounting
Issues Of Zakat Collection
Principle of Islamic Governance
Project Paper 1
Issues of Zakat Distribution
Zakat in Mainstream Economics
Project Paper 2

Peserta program ini dikehendaki membuat kertas penyelidikan serta menjalani Latihan Industri selama 2 bulan.

 
 
 
BAHAGIAN A:
JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN ZAKAT
 
Tanggapan Tuan/Puan terhadap perkara berikut:
Amat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Amat setuju
* Adakah program yang ditawarkan menepati dengan kehendak pembangunan negara?
* Adakah program yang ditawarkan menepati dengan kehendak institusi zakat di negara ini?
* Adakah organisasi Tuan/Puan memerlukan graduan kelulusan program ini?
* Adakah program ini akan melahirkan graduan terlatih dalam bidang berkaitan untuk pasaran tenaga kerja di negara ini?
 
 
 
BAHAGIAN B:
KANDUNGAN KURSUS PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN ZAKAT
 
Tanggapan Tuan/Puan terhadap perkara berikut:
Amat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Amat setuju
* Adakah program ini memenuhi keperluan ilmu yang diperlukan dalam Institusi Tuan/Puan?
* Program ini akan dilaksanakan selama 6 semester (3 tahun). Adakah ia mencukupi dari segi tempoh masa pengajian?
* Latihan Industri akan diadakan selama 1 bulan. Adakah ia mencukupi dari segi tempoh masa Latihan Industri?
* Adakah graduan dalam bidang ini sesuai untuk menjalani Latihan Industri di Institusi Tuan/Puan?
* Adakah graduan daripada program ini sesuai bekerja di Institusi Tuan/Puan?
* Adakah graduan dalam bidang ini diperlukan dalam jumlah yang ramai dari tahun ke tahun bagi memenuhi keperluan Institusi Tuan/Puan atau Institusi lain yang berkaitan?
* Adakah universiti juga perlu menawarkan program seperti ini di peringkat lanjutan (Sarjana Muda/Sarjana)?
 
 
* Berapakah jumlah pendapatan sebenar yang boleh diterima oleh graduan program ini?
 
Kurang RM1,500.00
 
RM1,501.00 hingga RM2,000.00
 
RM2,001.00 hingga RM2,500.00
 
RM2,501.00 hingga RM3,000.00
 
Lebih RM3,000.00

 
 
 
BAHAGIAN C:
KOMEN/CADANGAN/ULASAN
 
 
* Pada pendapat anda, sila nyatakan komen/cadangan/ulasan mengenai Program Diploma Pengurusan Zakat.
   
 
 
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA
Survey Software Powered by QuestionPro Survey Software